Sunday, July 30, 2017

Kursus Kahwin

Assalamualaikum

Baru-baru ni sis attend kursus kahwin. Saja pergi sebab ada orang ajak. Pergi kursus kahwin tak semestinya nak kahwin tapi rata-rata yang pergi memang pasal nak kahwin pun. Seciput je yang single tapi manalah tau, pergi kursus kahwin jumpa jodoh pulakkan? Huhuhu

Sekarang senang tak macam dulu. Register online je dah boleh pergi kursus kahwin. Senang kerja. Masa hari pendaftaran, baru buat pembayaran untuk dua hari kursus. Masa sis pergi tu, tak ada harga promosi jadi kena bayar RM120.00 tunai. Murah ke mahal ek?

Sesiapa nak pergi kursus kahwin untuk area Johor Bahru, ramai-ramai boleh register dekat link ni :
http://kursus-kahwin.blogspot.my/ Ikut je 3 langkah mudah dan selesai.


Sis pergi 15 dengan 16 Julai dekat Hotel Seri Malaysia, Larkin. Memang penuh dewan sampai tak cukup kerusi meja. Sis pun duduk baris belakang sekali.


Duduk belakang pasal takut kena soal sebenarnya hahahah
Overall pada sis ok. Sis nasihatkan kalau nak pergi kursus kahwin, pergi dengan pasangan masing-masing sebab sama-sama boleh dengar dan hadam ilmu rumahtangga. Bukan setakat pergi untuk dapatkan sijil semata. Ingat semua~~~


Alhamdulillah selesai satu langkah. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat.

A.S


Thursday, June 29, 2017

Eid 2017

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan sambut ramadhan dan syawal tahun ni. Setahun sekali, baru akak perasan setahun ni jugak tak up story dekat sini. Bukan tak ada cerita, ada tapi kadang-kadang lupa kita ada blog nak sembang. Hehehehe~~~

Masa akak menaip ni, akak masih dalam mood cuti lagi. Cuti seminggu la alang-alang nak beraya sakan. Sekolah pun tutup seminggu dan bukan selalu dapat habiskan masa dengan keluarga lagi-lagi dengan yang tersayang.

Ibu & Iman
Macam biasa, setiap tahun Iman beraya dengan akak dan Amin dengan abahnya. Khamis malam jumaat lepas habis je drama 'andainya takdir' dekat tv3 tu, terus akak berkemas.

Pukul 12 lebih baru gerak balik Terengganu. Sampai sana petang jumaatnya sebab jalan sesak satu hal, tayar kereta boleh pecah dekat Endau pulak. Sudahnya pagi lepas tukar tayar, baru akak gerak ke sana. Nasib baik ada abang polis tolong akak tukar tayar. Kalau tak...hm...

1st raya

Sebahagian dari keluarga akak. Sebahagian sebab ada yang balik beraya rumah mentua jadi adik beradik tu tak cukup korum. Oleh kerana akak ada satu abah dua mak, makanya adik beradik ada 13 orang semuanya. Ada 6 abang, 2 kakak 4 orang adik perempuan. Anak sedara memang ramai sampai ada soalan 'ni anak siapa ye?'

Cucu sedara
Akak baru awal 30an dah ada cucu sedara. Cucu kedua abang long. Usia dia baru sebulan setengah tapi Allah dah uji dia. Allah ambil ibu dia saat dia 14 hari bernafas atas muka bumi. Kematian mengejut. Siapa sangka saat kita sihat segar bugar, kita dijemput menghadap Ilahi? Mungkin saja masa tu kita tak bersedia pun. Allahu~~~


'Semoga Allah merahmati ibumu disana. Semoga Allah melimpahkan kasih sayangNya kepadamu sehingga tidak ada kekurangan walau sebesar zarah pun' Al-Fatihah buat Siti Hanifah Zainudin, Semoga syurga tempatmu~~~


Naluri ibu. Kalau ada 10, ada 10 versi gambar bayi untuk posting kali ni. Hahahah! Anak sedara baru 1st time jumpa. Cium bayi kena bersyarat. Jika anda sakit, elakkan walaupun anak sendiri! Jangan cari pasal kalau tak ada pasal. Sayang sikit!

2nd raya
3rd raya jatuh pada 27hb @ hari lahir Nur Iman Adawiyah. Alhamdulillah sebab dapat sambut sama-sama. Selalunya ucap dari jauh je sejak dia pindah Terengganu. Dia pun tak ingat hari lahir sendiri, tau-tau dah ada kek sendiri depan mata. Pandai la kami satu keluarga planning.


Akak tak pasti dapat ke tak nak tengok video ni, saja je cuba upload. 


Bila semakin meningkat usia ni, persiapan raya tu ala kadar je sampai baju pun akak tak beli. Asalkan dapat beraya dengan keluarga dan habiskan masa dengan diaorg, itu dah lebih dari cukup kot. In shaa Allah ada umur, tahun depan harapnya jumpa lagi ramadhan dengan syawal. Mungkin sambut dengan keluarga baru, siapa la tahu kot. Hahahaha!

#my

Salam,
A.S

Tuesday, November 8, 2016

31st October 2016

Assalamualaikum~~~

Setelah 8 hari berlalu, barulah hakak ada masa nak update story 31st October lepas. Bayangkan betapa sibuknya hakak dengan urusan dunia yang tak habis-habis. Sedar tak sedar sekejap sangat masa berjalan. Tahun ni genap umur hakak yang ke 30 tapi always rasa 25. Serius, hakak asyik kena bahan dengan orang bila mengaku umur 25! Jeles la tu hakak awet muda. Kah!

Syukur pada Allah S.W.T sebab masih diberi peluang untuk hidup cergas sihat walafiat sampai ke saat hakak menaip post ni. Sesungguhnya nikmat Allah yang mana yang hendak kita dustakan? Hidup ni pun sebahagian nikmat dariNya. Alhamdulillah syukur.

Untuk mereka yang sanggup tunggu sampai pukul 12 malam semata-mata nak call, yang mendoakan, yang belanja makan, yang beli kek bagai, semoga rezeki korang murah, semoga Allah melimpahkan rahmatNya dan berkatNya atas korang. Sayang korang sangat-sangat!


'bila twitter pun nak tumpang sekaki buat suprise belon-belon, sanggup sc sebab setahun sekali dapat tengok gimik ni.'



'bila bestie buat drama tiba-tiba'



'chocolate fudge memang sedap sangat sebab orang belanja muahehehehe'



'perempuan melayu pertama dan terakhir dan tiada sesiapa percaya yang hakak dilahirkan perasan'



'sesal separuh nyawa pasal hakak tak guna sesaat pun dalam sehari untuk buat panggilan suara. Sumpah hakak sesal! Sesal sebab melayan kesibukan duniawi sampai terlupa ukhwah sesama insan. Maaf Maxis sebab tak memanfaatkan peluang'

Ok bye~~~

Sunday, September 18, 2016

Ibu


Bila rindu sangat-sangat, ibu akan dengar lagu 'mama' berulang-ulang sebab dalam semua lagu, hanya lagu 'mama' yang menyentuh hati ibu. Kalau Iman dah besar nanti, nyanyikan lagu 'mama' untuk ibu.

Ibu sayang anak-anak ibu. Sayang ibu dari dunia sampai akhirat dan takkan terhenti doa ibu sampai akhir hayat. Ibu minta maaf kalau ibu gagal untuk jadi ibu yang terbaik buat anak-anak ibu, maafkan ibu, sayang~~~


-Ibu-

Saturday, August 27, 2016

Ayam Perap Goreng 'Hangit'

Assalamualaikum!

Cuti-cuti ni terajin pulak nak main masak-masak. Selalu aku beli tapau dekat luar je tapi gara-gara aku tak ada transport nak berjalan, makanya aku putuskan untuk terjah dapur. Aku terus terang la yang aku ni memang malas tahap dewa tujuh keturunan, masak reti tapi malas yang amat!

Ayam yang aku nak guna ni pun dua minggu lepas punya ayam. Beria aku beli setengah ekor tapi guna sikit-sikit campur dengan maggi kari. Sampai la hari ni aku fikir nak goreng semua je pasal dah lama sangat dalam peti. Nanti busuk tak boleh masak, namanya membazir.

Ingat nak goreng ayam letak garam kunyit tambah sambal belacan tapi tekak tak terasa nak makan pedas-pedas. Makanya, aku buat ayam perap goreng. Resipi aku dalam kategori asal boleh diterima akal fikiran, logik untuk dimakan dan berbaloi untuk ditelan.

Ayam basuh bersih-bersih dan kelar mana yang patut. Aku guna bawang merah dengan bawang putih. Halia kunyit semua aku tak letak sebab rasa tak perlu.


Bawang tumbuk sampai lumat dan lumur pada ayam. Kemudian tabur garam campur sos tiram dengan kicap. Aku letak ikut hati janji dia cukup semua.


Gaul balik ayam biar sebati. Perap dan simpan dalam peti selama mana nak simpan. Aku perap dalam 2-3 jam dan goreng macam biasa.

Resipi orang bujang malas dan bila goreng hangit pulak. Demm. Tak ada gambar untuk ayam hangit. Nampak sangat aku dah lama 'meninggal dunia' dalam bidang masakan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Next time cuba lagi untuk hasil yang lebih baik!

K bai!

Jawatan Kosong Kelindan Lori!

Kepada mereka di luar sana yang ingin bekerja sebagai kelindan lori a.k.a pembantu kepada pemandu lori, diminta datang menghadiri temuduga di :

Tempat :
Tiong Nam Logistics Sdn Bhd
Lot 30462, Jalan Kempas Baru,
Johor Bahru,
Johor.

Hari :
Isnin - Jumaat

Masa :
8.30 pagi - 5.30 petang (12.00 tghri - 2.00 petang - Rehat)

Ciri-ciri calon yang diperlukan :

1. Komitmen dengan kerja, berdisplin dan menepati masa,

2. Passport bagi perjalanan JB-S'PORE,

3. Boleh berkerja dengan kadar segera.

Untuk pertanyaan, sila hubungi :

Michael : 019-771 8063
Aida : 013-778 1347

Sunday, August 21, 2016

Kenapa perlu kahwin?

Kenapa perlu kahwin kalau nak bercerai?

Persoalan yang sejak akhir-akhir ni selalu sangat aku nak fikirkan. Open TV, baca newspaper, online FB, google pasal 'penceraian di Malaysia', ada je cerita cerai berai yang kadang-kadang kita tak jangka pasangan tu akan berpisah berpecah rumahtangga.

Cuba sometime kita masuk dalam kamar mahkamah syariah, sometime pijakkan kaki dekat situ dan kita akan nampak, betapa ramai pasangan yang bermasalah datang untuk sesi kaunseling, sesi perbicaraan, sesi pengesahan penceraian eh macam-macam perangai orang la! Gaduh sikit bawak satu rombongan family nak ceraikan anak menantu! Ini bukan saja-saja tulis sebab pernah jadi depan mata, ALLAH!

Jangan kata artis, kadang-kadang calon yang datang interview dekat opis aku pun, ramai yang duda. Aku ingat lagi ada satu recruitment baru umur dia dalam 23. Setiap pekerja baru, mereka perlu isi satu borang namanya 'income tax personal data', kena isi maklumat diri, pasangan dan anak-anak.

Aku tanya, dia dah kahwin ke belum?

Dia jawab, dia dah bercerai.

Aku tanya, dia ada anak?

Dia jawab, ada.

Aku suruh dia isi maklumat anak dan dia jawab dia tak tahu nama anak dan jumpa pun tak pernah.

Aku sampai tergamam dan tanya kenapa?

Dia jawab, bekas isteri tak beri jumpa dan kenal dengan anak.

Aku diam sampai tak tahu nak cakap apa. Bayangkan, usia perkahwinan hanya beberapa bulan dan lepas tu bercerai kemudian anak langsung tak kenal. Aku nak marah tapi bukan hak aku. Apahal aku nak sibuk hal orangkan?

Cuma aku asyik nak fikir, kenapa perlu kahwin dan kemudian bercerai? Apa majlis kahwin tak guna duit sesen ke? Walaupun sederhana ringkas mana pun, tetap nak kena keluar modal untuk kahwinkan?

ALLAH~~~

Atau aku yang banyak sangat nak pertikaikan takdir? Kita memang tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan, kita ni manusia yang lemah, hanya mampu merancang. Ya...hanya mampu merancang namun ALLAH ada perancangan yang terbaik buat hambaNya.

Aku tak perlu tengok jauh-jauh, contoh terdekat adalah diri aku sendiri. Aku nak persoalkan takdir orang walhal aku pun melalui situasi yang sama macam mereka. Kenapa aku sendiri berkahwin dan lastly bercerai? Bila orang tanya, aku selalu jawab yang kami tiada jodoh. Itu jawapan yang aku rasa terbaik untuk aku jawab pada diri, anak-anak, keluarga dan orang sekeliling.

sumber : google
'sesuatu yang halal yang dibenci oleh ALLAH; penceraian'