Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, June 29, 2017

Eid 2017

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan sambut ramadhan dan syawal tahun ni. Setahun sekali, baru akak perasan setahun ni jugak tak up story dekat sini. Bukan tak ada cerita, ada tapi kadang-kadang lupa kita ada blog nak sembang. Hehehehe~~~

Masa akak menaip ni, akak masih dalam mood cuti lagi. Cuti seminggu la alang-alang nak beraya sakan. Sekolah pun tutup seminggu dan bukan selalu dapat habiskan masa dengan keluarga lagi-lagi dengan yang tersayang.

Ibu & Iman
Macam biasa, setiap tahun Iman beraya dengan akak dan Amin dengan abahnya. Khamis malam jumaat lepas habis je drama 'andainya takdir' dekat tv3 tu, terus akak berkemas.

Pukul 12 lebih baru gerak balik Terengganu. Sampai sana petang jumaatnya sebab jalan sesak satu hal, tayar kereta boleh pecah dekat Endau pulak. Sudahnya pagi lepas tukar tayar, baru akak gerak ke sana. Nasib baik ada abang polis tolong akak tukar tayar. Kalau tak...hm...

1st raya

Sebahagian dari keluarga akak. Sebahagian sebab ada yang balik beraya rumah mentua jadi adik beradik tu tak cukup korum. Oleh kerana akak ada satu abah dua mak, makanya adik beradik ada 13 orang semuanya. Ada 6 abang, 2 kakak 4 orang adik perempuan. Anak sedara memang ramai sampai ada soalan 'ni anak siapa ye?'

Cucu sedara
Akak baru awal 30an dah ada cucu sedara. Cucu kedua abang long. Usia dia baru sebulan setengah tapi Allah dah uji dia. Allah ambil ibu dia saat dia 14 hari bernafas atas muka bumi. Kematian mengejut. Siapa sangka saat kita sihat segar bugar, kita dijemput menghadap Ilahi? Mungkin saja masa tu kita tak bersedia pun. Allahu~~~


'Semoga Allah merahmati ibumu disana. Semoga Allah melimpahkan kasih sayangNya kepadamu sehingga tidak ada kekurangan walau sebesar zarah pun' Al-Fatihah buat Siti Hanifah Zainudin, Semoga syurga tempatmu~~~


Naluri ibu. Kalau ada 10, ada 10 versi gambar bayi untuk posting kali ni. Hahahah! Anak sedara baru 1st time jumpa. Cium bayi kena bersyarat. Jika anda sakit, elakkan walaupun anak sendiri! Jangan cari pasal kalau tak ada pasal. Sayang sikit!

2nd raya
3rd raya jatuh pada 27hb @ hari lahir Nur Iman Adawiyah. Alhamdulillah sebab dapat sambut sama-sama. Selalunya ucap dari jauh je sejak dia pindah Terengganu. Dia pun tak ingat hari lahir sendiri, tau-tau dah ada kek sendiri depan mata. Pandai la kami satu keluarga planning.


Akak tak pasti dapat ke tak nak tengok video ni, saja je cuba upload. 


Bila semakin meningkat usia ni, persiapan raya tu ala kadar je sampai baju pun akak tak beli. Asalkan dapat beraya dengan keluarga dan habiskan masa dengan diaorg, itu dah lebih dari cukup kot. In shaa Allah ada umur, tahun depan harapnya jumpa lagi ramadhan dengan syawal. Mungkin sambut dengan keluarga baru, siapa la tahu kot. Hahahaha!

#my

Salam,
A.S

Sunday, August 21, 2016

Kenapa perlu kahwin?

Kenapa perlu kahwin kalau nak bercerai?

Persoalan yang sejak akhir-akhir ni selalu sangat aku nak fikirkan. Open TV, baca newspaper, online FB, google pasal 'penceraian di Malaysia', ada je cerita cerai berai yang kadang-kadang kita tak jangka pasangan tu akan berpisah berpecah rumahtangga.

Cuba sometime kita masuk dalam kamar mahkamah syariah, sometime pijakkan kaki dekat situ dan kita akan nampak, betapa ramai pasangan yang bermasalah datang untuk sesi kaunseling, sesi perbicaraan, sesi pengesahan penceraian eh macam-macam perangai orang la! Gaduh sikit bawak satu rombongan family nak ceraikan anak menantu! Ini bukan saja-saja tulis sebab pernah jadi depan mata, ALLAH!

Jangan kata artis, kadang-kadang calon yang datang interview dekat opis aku pun, ramai yang duda. Aku ingat lagi ada satu recruitment baru umur dia dalam 23. Setiap pekerja baru, mereka perlu isi satu borang namanya 'income tax personal data', kena isi maklumat diri, pasangan dan anak-anak.

Aku tanya, dia dah kahwin ke belum?

Dia jawab, dia dah bercerai.

Aku tanya, dia ada anak?

Dia jawab, ada.

Aku suruh dia isi maklumat anak dan dia jawab dia tak tahu nama anak dan jumpa pun tak pernah.

Aku sampai tergamam dan tanya kenapa?

Dia jawab, bekas isteri tak beri jumpa dan kenal dengan anak.

Aku diam sampai tak tahu nak cakap apa. Bayangkan, usia perkahwinan hanya beberapa bulan dan lepas tu bercerai kemudian anak langsung tak kenal. Aku nak marah tapi bukan hak aku. Apahal aku nak sibuk hal orangkan?

Cuma aku asyik nak fikir, kenapa perlu kahwin dan kemudian bercerai? Apa majlis kahwin tak guna duit sesen ke? Walaupun sederhana ringkas mana pun, tetap nak kena keluar modal untuk kahwinkan?

ALLAH~~~

Atau aku yang banyak sangat nak pertikaikan takdir? Kita memang tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan, kita ni manusia yang lemah, hanya mampu merancang. Ya...hanya mampu merancang namun ALLAH ada perancangan yang terbaik buat hambaNya.

Aku tak perlu tengok jauh-jauh, contoh terdekat adalah diri aku sendiri. Aku nak persoalkan takdir orang walhal aku pun melalui situasi yang sama macam mereka. Kenapa aku sendiri berkahwin dan lastly bercerai? Bila orang tanya, aku selalu jawab yang kami tiada jodoh. Itu jawapan yang aku rasa terbaik untuk aku jawab pada diri, anak-anak, keluarga dan orang sekeliling.

sumber : google
'sesuatu yang halal yang dibenci oleh ALLAH; penceraian'

Sunday, August 16, 2015

Syawal Terakhir


Assalamualaikum...

Syawal 2015 dah berakhir. Sedar tak sedar masa tu berlalu cepat tinggalkan kita. Terasa sisa-sisa raya sebab weekend ada lagi openhouse nak kena pergi ni. Penutup raya la agaknya kot. 

Tahun ni tahun kedua beraya 'single'. Bezanya tahun ni dapat beraya dengan si kecil tercinta! Bersyukur sangat-sangat walaupun hanya dapat 'kakak', kemeriahan raya tetap ada. Tua-tua ni tak ada la beria sangat nak beraya sakan, asalkan dapat bersama dengan yang tercinta tersayang terindu. Agaknya inilah perasaan mak ayah bila dapat beraya dengan anak-anak...huhuhu~~~

Tak kisahlah walau terpaksa ukur jalan dari JB-Ganu-Segamat sehari semalam sampai kematu punggung ni, meredah jame tak hingat dengan 'kesihatan' kereta yang suam-suam demam. Boleh pulak temperature main-main gurau senda sekejap turun sekejap naik. Jalan jauh tu. Nak raya punya pasal! Pasal raya buat kerja gila ni. Fahamkannnnnn

Kesian!


Nur Iman Adawiyah plus $$$
Cucu-cucu 7 keturunan~~~
(tipu je)
Keluarga Mohd. Dom B. Kutik

Berhati-hati memandu di jalanan, raya ke tak raya ke sama je. Ingat!
Ida Laila