Assalamualaikum
Semalam punya cerita, sanggup aku ambik cuti semata-mata nak tengok movie 'munafik' punya pasal. Aku memang risau meroyan takut filem ni dah habis tayang sebab dah 18hb kot! Nasib baik ada lagi tapi serius, panggung tak penuh mana pun. Semakin seram bila orang tak ramai...dia punya gegar tu macam nak pecah panggung puiiiii!![]() |
Aku rasa semua orang walaupun tak semua mungkin 80% orang Malaysia dah tengok filem ni. Masing-masing sibuk komen dekat fb siap tag pic tiket bagai, tweet sesak dengan hastag #munafik, insta lagi tak payah cakap.
Aksi ini hanyalah lakonan oleh pelakon profesional, anda dilarang mencuba!
Munafik?
'dan mereka (yang munafik itu) bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah satu kaum yang pengecut' - At Taubah; ayat 56
'dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik' - Al-Ankabut; ayat 11
Semoga Allah lindungi dan kuatkan iman kita agar tak tergolong dalam golongan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan. Dunia ini hanya sementara, akhirat itulah kehidupan yang kekal selamanya~~~



No comments:
Post a Comment