Tuesday, November 8, 2016

31st October 2016

Assalamualaikum~~~

Setelah 8 hari berlalu, barulah hakak ada masa nak update story 31st October lepas. Bayangkan betapa sibuknya hakak dengan urusan dunia yang tak habis-habis. Sedar tak sedar sekejap sangat masa berjalan. Tahun ni genap umur hakak yang ke 30 tapi always rasa 25. Serius, hakak asyik kena bahan dengan orang bila mengaku umur 25! Jeles la tu hakak awet muda. Kah!

Syukur pada Allah S.W.T sebab masih diberi peluang untuk hidup cergas sihat walafiat sampai ke saat hakak menaip post ni. Sesungguhnya nikmat Allah yang mana yang hendak kita dustakan? Hidup ni pun sebahagian nikmat dariNya. Alhamdulillah syukur.

Untuk mereka yang sanggup tunggu sampai pukul 12 malam semata-mata nak call, yang mendoakan, yang belanja makan, yang beli kek bagai, semoga rezeki korang murah, semoga Allah melimpahkan rahmatNya dan berkatNya atas korang. Sayang korang sangat-sangat!


'bila twitter pun nak tumpang sekaki buat suprise belon-belon, sanggup sc sebab setahun sekali dapat tengok gimik ni.'



'bila bestie buat drama tiba-tiba'



'chocolate fudge memang sedap sangat sebab orang belanja muahehehehe'



'perempuan melayu pertama dan terakhir dan tiada sesiapa percaya yang hakak dilahirkan perasan'



'sesal separuh nyawa pasal hakak tak guna sesaat pun dalam sehari untuk buat panggilan suara. Sumpah hakak sesal! Sesal sebab melayan kesibukan duniawi sampai terlupa ukhwah sesama insan. Maaf Maxis sebab tak memanfaatkan peluang'

Ok bye~~~

Sunday, September 18, 2016

Ibu


Bila rindu sangat-sangat, ibu akan dengar lagu 'mama' berulang-ulang sebab dalam semua lagu, hanya lagu 'mama' yang menyentuh hati ibu. Kalau Iman dah besar nanti, nyanyikan lagu 'mama' untuk ibu.

Ibu sayang anak-anak ibu. Sayang ibu dari dunia sampai akhirat dan takkan terhenti doa ibu sampai akhir hayat. Ibu minta maaf kalau ibu gagal untuk jadi ibu yang terbaik buat anak-anak ibu, maafkan ibu, sayang~~~


-Ibu-

Saturday, August 27, 2016

Ayam Perap Goreng 'Hangit'

Assalamualaikum!

Cuti-cuti ni terajin pulak nak main masak-masak. Selalu aku beli tapau dekat luar je tapi gara-gara aku tak ada transport nak berjalan, makanya aku putuskan untuk terjah dapur. Aku terus terang la yang aku ni memang malas tahap dewa tujuh keturunan, masak reti tapi malas yang amat!

Ayam yang aku nak guna ni pun dua minggu lepas punya ayam. Beria aku beli setengah ekor tapi guna sikit-sikit campur dengan maggi kari. Sampai la hari ni aku fikir nak goreng semua je pasal dah lama sangat dalam peti. Nanti busuk tak boleh masak, namanya membazir.

Ingat nak goreng ayam letak garam kunyit tambah sambal belacan tapi tekak tak terasa nak makan pedas-pedas. Makanya, aku buat ayam perap goreng. Resipi aku dalam kategori asal boleh diterima akal fikiran, logik untuk dimakan dan berbaloi untuk ditelan.

Ayam basuh bersih-bersih dan kelar mana yang patut. Aku guna bawang merah dengan bawang putih. Halia kunyit semua aku tak letak sebab rasa tak perlu.


Bawang tumbuk sampai lumat dan lumur pada ayam. Kemudian tabur garam campur sos tiram dengan kicap. Aku letak ikut hati janji dia cukup semua.


Gaul balik ayam biar sebati. Perap dan simpan dalam peti selama mana nak simpan. Aku perap dalam 2-3 jam dan goreng macam biasa.

Resipi orang bujang malas dan bila goreng hangit pulak. Demm. Tak ada gambar untuk ayam hangit. Nampak sangat aku dah lama 'meninggal dunia' dalam bidang masakan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Next time cuba lagi untuk hasil yang lebih baik!

K bai!

Jawatan Kosong Kelindan Lori!

Kepada mereka di luar sana yang ingin bekerja sebagai kelindan lori a.k.a pembantu kepada pemandu lori, diminta datang menghadiri temuduga di :

Tempat :
Tiong Nam Logistics Sdn Bhd
Lot 30462, Jalan Kempas Baru,
Johor Bahru,
Johor.

Hari :
Isnin - Jumaat

Masa :
8.30 pagi - 5.30 petang (12.00 tghri - 2.00 petang - Rehat)

Ciri-ciri calon yang diperlukan :

1. Komitmen dengan kerja, berdisplin dan menepati masa,

2. Passport bagi perjalanan JB-S'PORE,

3. Boleh berkerja dengan kadar segera.

Untuk pertanyaan, sila hubungi :

Michael : 019-771 8063
Aida : 013-778 1347

Sunday, August 21, 2016

Kenapa perlu kahwin?

Kenapa perlu kahwin kalau nak bercerai?

Persoalan yang sejak akhir-akhir ni selalu sangat aku nak fikirkan. Open TV, baca newspaper, online FB, google pasal 'penceraian di Malaysia', ada je cerita cerai berai yang kadang-kadang kita tak jangka pasangan tu akan berpisah berpecah rumahtangga.

Cuba sometime kita masuk dalam kamar mahkamah syariah, sometime pijakkan kaki dekat situ dan kita akan nampak, betapa ramai pasangan yang bermasalah datang untuk sesi kaunseling, sesi perbicaraan, sesi pengesahan penceraian eh macam-macam perangai orang la! Gaduh sikit bawak satu rombongan family nak ceraikan anak menantu! Ini bukan saja-saja tulis sebab pernah jadi depan mata, ALLAH!

Jangan kata artis, kadang-kadang calon yang datang interview dekat opis aku pun, ramai yang duda. Aku ingat lagi ada satu recruitment baru umur dia dalam 23. Setiap pekerja baru, mereka perlu isi satu borang namanya 'income tax personal data', kena isi maklumat diri, pasangan dan anak-anak.

Aku tanya, dia dah kahwin ke belum?

Dia jawab, dia dah bercerai.

Aku tanya, dia ada anak?

Dia jawab, ada.

Aku suruh dia isi maklumat anak dan dia jawab dia tak tahu nama anak dan jumpa pun tak pernah.

Aku sampai tergamam dan tanya kenapa?

Dia jawab, bekas isteri tak beri jumpa dan kenal dengan anak.

Aku diam sampai tak tahu nak cakap apa. Bayangkan, usia perkahwinan hanya beberapa bulan dan lepas tu bercerai kemudian anak langsung tak kenal. Aku nak marah tapi bukan hak aku. Apahal aku nak sibuk hal orangkan?

Cuma aku asyik nak fikir, kenapa perlu kahwin dan kemudian bercerai? Apa majlis kahwin tak guna duit sesen ke? Walaupun sederhana ringkas mana pun, tetap nak kena keluar modal untuk kahwinkan?

ALLAH~~~

Atau aku yang banyak sangat nak pertikaikan takdir? Kita memang tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan, kita ni manusia yang lemah, hanya mampu merancang. Ya...hanya mampu merancang namun ALLAH ada perancangan yang terbaik buat hambaNya.

Aku tak perlu tengok jauh-jauh, contoh terdekat adalah diri aku sendiri. Aku nak persoalkan takdir orang walhal aku pun melalui situasi yang sama macam mereka. Kenapa aku sendiri berkahwin dan lastly bercerai? Bila orang tanya, aku selalu jawab yang kami tiada jodoh. Itu jawapan yang aku rasa terbaik untuk aku jawab pada diri, anak-anak, keluarga dan orang sekeliling.

sumber : google
'sesuatu yang halal yang dibenci oleh ALLAH; penceraian'

Sunday, May 1, 2016

عيدا سوهايلا محد روم: Kanser

عيدا سوهايلا محد روم: Kanser: وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ 'dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku' (A sy-syu'araa : 80) Assalamualaikum....

Kanser

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
'dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku' (Asy-syu'araa : 80)

Assalamualaikum...

18 March 2016; jumaat jam 5.04 pagi, pulangnya seorang sahabat ke rahmatullah asbab kanser. Allah, muda dan jauh lebih muda sebenarnya. Nyata kematian itu tak mengira umur, jika sampai ajal, takkan tunggu sesaat masa kita. Al-Fatihah buat Siti Nor Hidayah; https://www.facebook.com/yaya.meeya?fref=ts semoga roh dikau tenang disana bersama-sama golongan orang yang beriman.

Kanser; tiba-tiba disahkan menghidap kanser. Allah, hanya Allah yang tahu perasaan orang yang menanggung. Kita yang tak merasa hanya mampu simpati dan empati, apa yang mampu kita buat selain dari memberikan sokongan moral berpadu-padu untuk mereka.

Ofismate; antara salah seorang yang menderita kanser. Ini 1st time sebenarnya dalam hidup aku berdepan dengan golongan kanser. Sebaiknya aku tak mendatangkan 'pressure' pada dia dan cuba untuk faham kalau dia ambik cuti tiba-tiba, masuk lambat, tak buat kerja berat, slow atau apa-apalah pasal kerja dia, aku cuba untuk faham. Cuba lihat derita mereka, kau memang akan insaf sangat dan bersyukur diberi kesihatan yang baik. You don't know until you feel the pain!

Ini topik hot dengan bos semalam; tentang dia dan kanser. Dari cerita dia kemudian lanjut ke cerita orang lain dan orang lain. Bos cuma cakap satu benda, mood. Mood kita akan mempengaruhi diri kita lagi-lagi kalau kita sakit, makanya bila sakit jangan dilayan. Semangat kena kuat dan jangan emo lebih-lebih! Emosi yang keterlampauan akan jadikan diri kita lemah, lesu, down habis. Bila badan kau tak kuat, rasanya faham apa yang aku nak tuliskan?

Apa yang perlu dibuat jika disahkan menghidap kanser?

http://beihamat.blogspot.my/2016/02/journey-to-heal-7-perkara-yang-perlu.html 

Artikel yang sama-sama dikongsi oleh Siti Nor Hidayah, semoga bermanfaat pada kita. Untuk semua pesakit kanser, semoga tetap terus cekal dan tabah. Ingatlah, Allah takkan uji jika kita tak mampu dan sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus dosa-dosa~~~

Love u alls!